HSE, Quality and Risk Management Blog

Health Safety Environmental Issues

Penggunaan Radar di Malaysia

 

Danger

 

20 Maut, 8 parah kemalangan bas di Bukit  Gantang – 14 Ogos 2007

10 Maut, 19 Cedera bas terbalik di Pagoh – 10 Disember 2008

Pemandu, pembantu bas ekspres ragut 6 nyawa ada 14 saman – 13 April 2009

 

Ingatkah anda dgn tajuk-tajuk berita ini? Kesemuanya adalah kemalangan maut membabitkan bas ekspres di negara Malaysia.

 

Mereka adalah salah satu dari beribu-ribu kemalangan yang membabitkan bas ekspres sepanjang beberapa tahun ini. Kenapa pilih bas ekspres? Kerana kebanyakan kemalangan membabitkan bas ekspres (dan kemalangan lain secara amnya) adalah disebabkan oleh pemanduan melebihi had laju.

 

Bila ditanya, ramai yang akan mengatakan, kami tahu, sebagai pemandu, kita tidak patut memandu secara laju dan membahanyakan nyawa sendiri dan orang lain. Tetapi berapa ramai yang mematuhinya walaupun ditunjukkan papan tanda had laju sepanjang jalan?

 

Ini adalah kurangnya rasa takut untuk mematuhi had laju. Kenapa tidak takut? Ianya bukanlah disebabkan oleh kurangnya radar, tapi kurangnya rasa takut bahawa jika ada radar, mereka boleh dibuktikan bersalah.

 

Selama ini, radar-radar di Malaysia dipasang secara rawak. Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengankutan lupa, yang tujuan asal radar digunakan bukanlah untuk menyaman mereka yang tidak mematuhi undang-undang, tetapi adalah untuk mengurangakan kadar kemalangan.

 

Di sini saya akan memberikan satu cara yang lebih baik menggunakan radar, Radar + Amaran.

 

Saya akan ambil contoh radar di France sebagai rujukan.

 

PRE031231A    + avertissement radar

 

Sejak tahun 1997, di France, radar banyak dipasang dengan disertakan amaran beberapa kilometer  sebelum radar tersebut. Ini adalah untuk memberitahu pemandu, bahawa jika dia tidak mengurangkan kelajuannya, dia akan disaman. Dan amaran ini akan diulangi beberapa ratus meter sebelum menghampiri radar.

 

Dan saya akan tunjukkan kepada saudara-saudari, kesan langsung dari penggunaan amaran-amaran tersebut: kadar kemalangan maut! Dan saya bandingkan pula dengan kadar kemalangan maut di negara kita. Untuk pengetahuan, jumlah penduduk di France adalah lebih 66 juta, berbanding dgn penduduk Malaysia sejumlah 27 juta. Dan anda lihat sendirilah statistik ini.

 

perbandingan kemalangan table

Sumber : www.jkjr.gov.my, www.securiteroutiere.gouv.fr

 

Jika saya minta kerajaan mengamalkan langkah pencegahan radar + amaran ini, kemungkinan permohonan untuk mengurangkan “hasil dalam negeri” (saman) akan ditolak tetap ada. Tetapi jika kita bandingkan, berapa banyak wang yang akan dapat dijimatkan dengan mengubah cara pemasangan radar?

 

Dukacita dimaklumkan, harga satu kemalangan maut adalah sangat mahal jika dibandingkan dengan harga satu radar atau beberapa papan tanda. Di sini contohnya:

 

kos accident

sumber: www.jkjr.gov.my

 

Bila kita diberi amaran, kita akan ada secara tidak langsung, rasa takut untuk melanggarnya. Ini adalah kesan psikologi, seperti mana di bank-bank tertera perkataan “Diawasi video camera” dan diletakkan kamera-kamera tersebut di tempat di mana orang ramai boleh melihatnya.

 

Cadangan ini hanyalah salah satu cara berbanding ratusan yang lain, bagaimana kita boleh menggunakan sumber-sumber sedia ada untuk mendapatkan kesan yang lebih sempurna. Sampai bilakah kadar kemalangan maut di negara Malaysia akan terus meningkat?

 

perbandingan kemalangan

 

Dengan memberi sokongan kepada blog ini dan menggesa kerajaan menggunakan radar dengan sempurna, insya Allah diharap kemalangan maut akan dapat dikurangkan di negara kita.

April 20, 2009 - Posted by | Health Safety Environment | , , , , ,

4 Comments »

  1. sy sokong penggunaan radar + amaran di buat di Malaysia.

    Comment by Tereterubotzu | May 11, 2009 | Reply

  2. aku banggo nga mu re..
    smoga mu bjay dalam idup mu.aku sbgai saing mu hnya mmpu wish jah..
    aku bgga dpt jd saing mu..gud luck my fren..

    Comment by AZIZUL BIN MAT ESA | May 29, 2009 | Reply

    • Very good,
      kita akan cuba bentangkan kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya , MIROS , AAM and Kementerian2 yg berkenaan

      Comment by El_Presidente | June 17, 2009 | Reply

  3. [...] Berkenaan penggunaan radar yang ditekankan sejak 2009 lagi di sini, http://hse-risk.com/2009/04/20/penggunaan-radar-di-malaysia/ [...]

    Pingback by Great initiative from Malaysian’s police « HSE, Quality and Risk Management Blog | April 23, 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.