HSE, Quality and Risk Management Blog

Health Safety Environmental Issues

Mengapa debat perlu untuk pertahankan 1Malaysia?

1malaysia_symbol

 

Sekarang ini, ramai sangat yang cabar-mencabar untuk berdebat mengenai hal-hal yang mereka fikirkan sesuai untuk didebatkan. Antara yang menarik hati ialah cabaran Anwar Ibrahim untuk mencabar Najib Razak mengenai kemampuan Pakatan Rakyat melaksanakan program 100 hari mereka.

Adakah debat sesuai diadakan untuk hal-hal sebegini? Sila lihat sedikit analisa mengenai perkara ini.

1. Perkataan debat berasal dari perkataan “Debate”, dalam bahasa Inggeris,

  • To consider something; deliberate.
  • To engage in argument by discussing opposing points.
  • To engage in a formal discussion or argument. See synonyms at discuss.
  • Obsolete. To fight or quarrel.

Read more: http://www.answers.com/topic/debate#ixzz1CLjTXuOG

2. Dalam definisi tersebut, debat membawa maksud menyeluruh, dari mengambil kira segala data, kepada membincangkan data-data yang diambil, dan mempertahankan data-data yang benar. Dan sudah dikira lapuk debat yang dimaksudkan dengan “berlawan” atau “bergaduh”.

3. Adakah debat sesuai di Malaysia? Sebelum saya merumuskan sesuatu jawapan, adalah lebih baik saya jawab secara berperingkat. Perigkat pertama ialah perolehan data. Data perlu dikumpul, dan dihebahkan kepada rakyat. Persoalan pertamanya, adakah rakyat sudah didedahkan dengan data-data yang ingin diperdebatkan? Bolehkah rakyat lihat di ruang-ruang akhbar atau TV, segala statistik mengenai isu-isu perdebatan? Sedih saya katakan, jikalau data pun kita tidak mampu dedahkan, baik dari pihak pencadang atau pembangkang, debat yang akan diadakan tiada makna. Rakyat yang mendengar tidak akan sempat membezakan yang mana penipu, yang mana pembela. Alasan yang diberikan pemimpin, ialah “Kita tunggu dulu, saya ada maklumat tersebut”. Tunggu sampai bila?

4. Saya mewakili golongan rakyat yang dahagakan informasi, menyeru pihak-pihak pendebat mendedahkan kepada kami dahulu segala fakta, segala nombor, segala statistik dan segala bentuk data supaya kami boleh mengira kembali, adakah benar atau munasabah data yang diberikan. Atau cuma anggaran? Atau lebih teruk, cuma penipuan. Kami tidak bodoh, jauh sekali dari jahil. Insya Allah, kami akan mampu mencari persamaan, perbezaan, dan lain-lain apabila kami didedahkan sumber-sumber maklumat saintifik.

5. Selepas data-data yang diperlukan didedahkan dan dipublikasikan, dan selepas rakyat diberi sedikit masa untuk mencari kebenaran di belakangnya, maka sesuailah dibincangkan data-data tersebut. Dalam perbincangan, tentulah ada pihak yang akan mempertahan data-data yang dikeluarkan oleh pihaknya, maka di sebalik “mendengar” dan “percaya bulat-bulat” seperti lembu ditambat hidungnya, rakyat Malaysia akan menjadi lebih bijak, lebih bertamadun kerana mereka akan dapat menjadi hakim, siapa yang akan boleh disorak, siapa yang layak di “boo”. Tapi kalau dua-dua pihak menyembunyikan data dan cuma bercakap semata-mata untuk membela diri, bagaimana kami boleh percayakan hujah-hujah anda dan membela anda di pilihan raya seterusnya?

6. Ada yang menganggap, jikalau data didedahkan, pihak lawan akan manipulasi dan peralatkan untuk menjadikannya bahan sokongan dalam perdebatan. Biarkanlah! Kalau kita sudah dedahkan sebulan mengenai data-data tersebut, rakyat sudah pun boleh menilai, siapa yang keluarkan dulu fakta ini. Dalam buku jingga 100 hari Pakatan Rakyat ada mencadangkan kemampuan kerajaan mengambil alih jalan-jalan bertol secara berperingkat, dan jikalau kerajaan sedia ada melaksanakannya, buktinya mereka sudah mengaku kalah bahawa idea-idea dan data-data inilah sebenarnya yang membolehkan pengurusan tol tersebut dijalankan. Jikalau pihak Pakatan berjaya mendedahkan data-data ini terlebih dahulu, adakah rakyat akan buta untuk melihat? Tetapi, jikalau anda tidak bercakap mengenai perkara ini selantang-lantangnya sebelum ini, jangan salahkan orang lain mencuri publisiti. http://malaysiakini.com/news/154775

7. Debat banyak dijalankan di stesyen-stesyen TV negara-negara maju. Di Perancis ini, hampir setiap hari kita boleh melihat para pemikir dan pemimpin mendebatkan isu-isu berkenaan kebajikan rakyat. Mereka tidak kisah isu apa pun yang dibangkitkan, yang penting, mereka ada data yang perlu didedahkan, dan walaupun isu yang didebatkan ialah perihal gaji-gaji mereka sendiri sebagai ahli politik, mereka tidak akan lari dari kebenaran. Ya, 8580 Euro untuk seorang ahli parlimen eropah ialah jumlah yang besar, tetapi, jika dilihat apa yang mereka uruskan setiap hari untuk projek kebajikan rakyat, kenapa perlu malu untuk dedahkan? http://eco.rue89.com/2011/01/25/karima-delli-eurodeputee-pour-8-580-par-mois-187281

Saya cabar, ahli-ahli politik kita dedahkan berapa gaji mereka, dan berapa mereka berjaya belanjakan untuk kebajikan rakyat setiap hari? Saya tidak mengira isteri dan ahli keluarga, saya bercakap mengenai rakyat keseluruhan. Kalau contoh seorang menteri mempunyai gaji asas RM 24 580, berapa RM yang mereka belanjakan setiap hari untuk rakyat? Mengapa data-data tersebut dirahsiakan? Najib Razak sendiri merahsiakan gajinya, walaupun ditanya oleh seorang anak yatim. Kenapa? Takut dengan kiraan kadar keberkesanan anda? Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Berapa gaji anda dan berapa yang anda sudah bawa kepada kebajikan rakyat? Anda pun takut juga nak dedahkan? Jadi, siapa lagi kami nak percayai? Zaid Ibrahim?

8. Di sinilah perlunya pendedahan data-data sebelum sesuatu debat perlu dilaksanakan. Adakah perlu debat itu? Perlu. Adakah sesuai ianya dilaksanakan? Tidak, sebelum rakyat dihidangkan dengan jamuan fakta oleh pihak-pihak berkenaan. Siapakah pihak itu? Semestinya bukan media massa di bawah kerajaan seperti The Star milik MCA. Dedahkanlah di tempat-tempat lain, itu pun jika masih ada yang jujur dan ikhlas.

9. Sebelum kita saling cabar-mencabar semata-mata untuk bergaduh, ingatlah, debat yang perlu ialah debat yang mendatangkan manfaat kepada rakyat, bukan hanya untuk bertengkar di depan awam, lebih-lebih lagi melekehkan pihak lawan. Lawan secara macho, bukan secara tikam belakang seperti pengecut. Tunjukkan bukti, tunjukkan fakta, bukannya jadi minah atau mamat gosip. Anda tidak dibayar gaji selumayan itu untuk mengeluarkan gosip-gosip sebodoh itu.

10. Sehingga debat yang diwar-warkan akan membawa kepada penyatuan rakyat, maka barulah wadah 1Malaysia akan dikongsi oleh seluruh rakyat. Jumpa lagi di perbualan akan datang.

January 28, 2011 - Posted by | Uncategorized | , , , , , , , , ,

2 Comments »

  1. Kat Malaysia ni tak payahlah macam Perancis,lapangkan minda dan lihat dgn mata kepala sendiri serta buat sedikit kajian tentang kata-kata berapi mereka yang memerintah dan ingin memerintah…kita boleh hakimi sendiri…main kata-kata ni memang tak habis,maklumlah kata org tua-tua lidah tak bertulang…Teruskanlah berdoa semoga Allah terus memelihara Islam agamanya di Malaysia negara kita ini+++ saya tak berhajat untuk duduk dinegara lain…

    Comment by Aris | August 22, 2011 | Reply

  2. Betul kata, “lapangkan minda dan lihat dgn mata kepala sendiri”. Permasalahan kita ialah terlalu banyak yang dirahsiakan. Contohnya, “Saya ada bukti pasal ini, tapi tunggu lah, saya dedahkan nanti”, saya-ada-ini, saya-ada-itu. Itu dari semua pihak. Dan pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pun tidak dedahkan benda-benda yang berkaitan dgn wang rakyat seperti senarai penerima biasiswa. Kalau nak telus, teluslah dalam membuktikan sesuatu. Dan tak perlu tinggal di negara lain, negara lain pun ada keburukan masing-masing. Janganlah keburukan ini yang kita contohi, ambil sahajalah yang baik-baik.

    Comment by Mohd Zhafran | August 22, 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.