HSE, Quality and Risk Management Blog

Health Safety Environmental Issues

Adakah kilang pemprosesan Nadir Bumi di Kuantan selamat?

 

radioactive

 

Sejak kebelakangan ini, ramai yang sedang hangat memperkatakan mengenai kilang pemprosesan Nadir Bumi dan sisanya di Kuantan, Pahang. Apakah Nadir Bumi? Mengapakah dikatakan ianya radioaktif? Apakah kesan-kesan radioaktif kepada kesihatan dan alam sekitar? Dan soalan unggul, adakah kilang pemprosesan Nadir Bumi di Kuantan itu selamat? Mari sama-sama kita selami persoalan-persoalan ini.

1. Apakah Nadir Bumi?

# Nadir Bumi ialah salah satu dari hasil bumi seperti mana logam dan unsur-unsur lain. Mengikut perkiraan, mereka dikatakan Di dalam jadual berkala, nadir bumi terletak dalam kumpulan Lanthanides, iaitu elemen dalam jadual berkala yang terletak dalam nombor atom 57 (lanthanum) dan 71 (lutecium). Mengikut lumrah semulajadi mereka, ada terkandung unsur-unsur campuran seperti yttrium dan scandium.

elemen tanah nadir Imej : jadual berkala Nadir Bumi. Sumber : http://pubs.usgs.gov

 

2. Apakah kegunaan Nadir Bumi?

# Nadir Bumi banyak digunakan dalam pemprosesan elektronik. Dalam banyak aplikasi, penggunaan Nadir Bumi adalah menguntungkan kerana kadar toksik mereka yang rendah. Sebagai contoh, sebahagian besar umum bateri mengandung kadmium (Cd) atau timah. Hari ini, bateri cas semula lanthanum-nickel-hydrid (La-Ni-H) secara berperingkat menggantikan bateri Ni-Cd dan pelbagai komponen aplikasi komputer. Ianya juga boleh digunakan sebagai bateri kereta hibrid. Walaupun lebih mahal, bateri La-Ni-H menawarkan kepadatan tenaga yang lebih besar, kadar cas-discas yang lebih baik dan mengurangkan masalah alam sekitar berbanding logam-logam toksik yang lain.

 

3. Mengapakah Nadir Bumi dikatakan radioaktif?

Mengikut Commisariat de l’Energie Atomique et aux Energies Alternatives (CEA), France, dan International Atomik Energy Agency (IAEA), Nadir Bumi dikategorikan sebagai “Faible Activité à Vie Longue”, atau dalam bahasa melayunya, Aktiviti Rendah pada Jangka Hayat Panjang. Di dalam kategori ini, ingin saya jelaskan bahawa terkandung sama sisa-sisa reaktor nuklear generasi pertama. Mengikut lumrah fizik-kimia Nadir Bumi, beberapa faktor membuatkan pengurusan mereka menjadi rumit. Pertama, kesemua 17 unsur cenderung untuk dijumpai tempat yang sama, dan oleh kerana mereka mempunyai sifat yang serupa, sukar untuk memisahkan mereka daripada satu sama lain. Mereka juga mengandungi unsur-unsur radioaktif, khususnya thorium dan uranium. Unsur-unsur ini boleh menjadi ancaman jika "tailings," air yang digunakan dalam langkah pertama untuk memisahkan unsur-unsur Nadir Bumi,  tidak ditangani dengan betul. Air tersebut perlu dirawat secara istimewa sebelum dilepaskan semula ke dalam jaringan rawatan air minuman. Dan jika sisa-sisa proses pengasingan Nadir Bumi ini ditanam secara sambil lewa ke dalam perut bumi, kesannya adalah lebih buruk kerana tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran akan menyerap kadar radioaktif yang dibawa.

 

4. Apakah kesan-kesan radioaktif kepada kesihatan manusia dan alam sekitar?

# Kesan radioaktif lebih kepada sel, yang mana kerosakan DNA boleh menyebabkan perubahan maklumat yang terkandung di dalamnya (mutasi), atau hilangnya viabiliti (kematian sel). Sebahagian besar kerosakan di dalam DNA boleh dibaiki oleh sistem dalaman sel. Ianya melibatkan kuantiti dos dan tahap kelajuan dos tersebut disuntik ke dalam badan. Pada peringkat dos yang tinggi, ada kemungkinan berlaku kejenuhan mekanisme perbaikan. Pada dos yang sama dari radiasi diserap, sel-sel memiliki kepekaan yang berbeza: sel-sel yang lebih radiosensitif, akan merasai lebih banyak kesan (dalam kes sumsum tulang, sel-sel pembiakan dan rangkaian embrio).

Seperti yang saya katakan tadi, kesan-kesan radioaktif yang dibawa oleh Nadir Bumi adalah bertahap rendah. Jadi saya cuma akan bercakap mengenai radiasi global, yang umumnya berlaku pada dos rendah dan pada jangka masa panjang. Radiasi mengejut cuma berlaku dalam kes di mana dos terlalu tinggi, seperti di Jepun sekarang. Ianya tidak berlaku lagi di Malaysia, jadi mungkin saya akan bercakap mengenainya di masa-masa akan datang.

Kesemua unit yang dibincangkan di sini adalah dikumpulkan untuk tempoh yang panjang, iaitu beberapa bulan / setahun. Maksudnya, 1 Sv = 1 Sv terkumpul utk beberapa bulan / setahun, atau 2.7 mSv – 5 mSv sehari. Limit selamat ialah 20 mSv setahun, iaitu lebih kurang 1.67 mSv sebulan.

Dalam kes radiasi global, rangkaian kritikal adalah sumsum tulang, di mana sel-sel darah terbentuk. Tidak ada kesan dijumpai untuk dos setara dengan 0,3 Sv  (Sievert). Di antara 0,3 hingga 1 Sv, akan ada penurunan sementara jumlah limfosit (sejenis sel darah putih), dan oleh sebab ianya boleh dinaikkan kembali oleh sistem imuniti badan, tidak ada rawatan yang diperlukan. Untuk dos antara 1 dan 2 Sv, akan ada tanda-tanda klinikal (muntah).  Selepas 2 Sv, rawatan perlu dilakukan di pusat khas.

Untuk jangka masa panjang, boleh berlaku Leukimia.

Radiasi boleh menyebabkan kemandulan sementara pada sistem pembiakan manusia (antara 2 dan 6 Sv) atau kekal (dos setara atau lebih dari 8 Sv). Pada wanita, iradiasi seperti menyebabkan kemandulan kekal dan kesan yang disebabkan oleh dos yang sama berbeza mengikut umur (12 Sv unuk wanita sehingga 20 tahun, 5 Sv untuk wanita 45 tahun).

Kesan pada kulit berbeza-beza bergantung pada dos seperti:
- Eritema (kemerahan) untuk radiasi global dari 4 hingga 7 Sv;
- Lepuh (blister) untuk radiasi global dar 7 hingga 10 Sv;
- Nekrosis pada dos di atas 12 Sv

radioactive effect Imej : kesan radiasi kepada kulit muka. Ihsan : AFP

Untuk jangka masa panjang, boleh berlaku kanser.

Radiasi boleh menyebabkan kesan teratogenik kepada embrio atau janin seperti: ketidak sempurnaan (tulang, mata, otak), retardasi mental atau gangguan pertumbuhan (mengurangkan saiz, berat, lingkar kepala).

Dan untuk jangka masa panjang, boleh berlaku perubahan genetik (mutasi).

Kepada alam sekitar, kesan radiaoktif boleh dikesan sekiranya berlaku pencemaran pada sumber air dan tanah. Ianya melibatkan tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sekitar tempat pemprosesan Nadir Bumi dan haiwan-haiwan yang diternak di sekelilingnya. Manusia yang memakan makanan dan haiwan tersebut akan merasa kesan sekunder radiasi kerana sel-sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan tadi telah berubah. Dalam kes ini, makanan yang kita rasa lazat, adalah sebenarnya racun kepada tubuh kita.

 

5. Kesimpulan, adakah kilang pemprosesan Nadir Bumi di Kuantan selamat?

# Sehingga ada pakar-pakar sains nuklear menunjukkan analisis yang membuktikannya selamat, TIDAK. Kita tidak boleh percaya kepada percakapan tanpa bukti. Kita tidak melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana air pemprosesan (tailings) tersebut dirawat, dan bagaimana sisa-sisa Nadir Bumi ditanam kembali. Tidak ada juga simulasi dan sampel yang menunjukkan ianya selamat. Jika kita betul-betul ikhlas ingin menjaga hal-ehwal dan kesihatan rakyat, biarlah ahli sains yang menujukkannya, bukannya ahli politik yang menganggap diri mereka sebagai ahli sains. Kesimpulannya, tunjukkanlah plan-plan percubaan dan plan-plan kecemasan untuk meyakinkan rakyat yang semakin sedar, hidup mereka kemungkinan besar akan berubah disebabkan kewujudan kilang tersebut.

Saya sangatlah tahu, harga Nadir Bumi semakin meningkat. Di sini saya sertakan harga terbaru yang dipaparkan oleh syarikat yang sama yang akan mengeksploitasi kilang pemprosesan di Kuantan tersebut, iaitu syarikat Australia, Lynas Corporation. Harga ini boleh dilawati di laman web mereka sendiri.

harga tanah nadir Imej : Harga Nadir Bumi dalam Dollar Amerika Syarikat. Ihsan : Lynas Corp

Janganlah kerana keuntungan, nyawa rakyat dipertaruhkan.

Sehingga kita berjumpa lagi di lain hari, selamat membaca.

March 28, 2011 - Posted by | Health Safety Environment | , , , , , , , ,

11 Comments »

  1. Saya memang org tak pandai,semua yg berbentuk terlalu saintifik ini biarlah dikaji dan diuruskan oleh orang yg berada didalam bidangnya.Keputusan yg dibuat tentu telah mengambil kira peratus baik dan buruknya…biasalah seperti menunggang motosikal..hari2 sebelas org rakyat Malaysia terkorban kerananya,dalam setahun seolah2 semua murid dalam sebuah sekolah di bandar akan terbunuh..cukup mengerikan,tetapi hitung faedahnya…ianya terus digunakan dan usaha mengurangkan kemalangan terus dipertingkatkan…hidup di dunia tak boleh statik..kita mesti kehadapan dengan berusaha mengurangkan risiko apa-apa risiko yang telah dijangkakan…kami percaya kepada keikhlasan kerajaan.kalau nampak yg tak betul tu ,laporkanlah kepihak berkuasa yang berkenaan

    Comment by Aris | August 22, 2011 | Reply

    • Jepun tu orang pandai.. tapi, apa jadi selepas kilang radioactif bocor? sampai sekarang pun masalah tak boleh di-atasi.

      kilang biasa tak apa.. tapi ini kilang yang merbahayakan.. kenapa korbankan rakyat malaysia?

      menunggang motosikal tu kamu ada pilihan nak tunggang ke tak nak. tapi radioaktif ini cukup bahaya sedekat turut turut tahun…

      faham tak?

      Comment by Abu Bakar | February 28, 2012 | Reply

  2. Selepas artikel ini diterbitkan, kerajaan telah meminta kepakaran IAEA untuk menganalisa kadar bahaya kilang pemprosesan tersebut. Sehingga audit beratus muka surat dikeluarkan dan semua rakyat boleh melihat sendiri keputusan analisis, tiada ulasan yang dapat dibuat.

    Biarlah kita bercakap dengan bukti. Bukan dengan emosi. Dan biarlah keikhlasan ditunjukkan dengan kebaikan. Bukan wang duitan.

    Comment by Mohd Zhafran | August 22, 2011 | Reply

  3. salam, nk tnye boleh saya tahu sumber/rujukn penulisan diatas ini dari mne ye? adakan dari buku atau jurnal? kalau dari buku atau jurnal boleh x encik statekan rujukan tersebut sebab saya skarang akan jalankan kajian/ penyelidikan tentang toxicity testing of rare earth of element dan untuk intro (proposal) saya ada juga ambek dari penulisan encik.. dan kalau boleh saya nak minta rujukan tersebut untuk diletakan dalam penulisan tesis. trima kasih

    Comment by stekiyo | September 16, 2011 | Reply

  4. Sumber rujukan ialah dokumen² dari Commisariat de l’Energie Atomique di Perancis. Dan saya rasa penulisan ini sudah obsolete kerana pihak IAEA yang jauh lebih berkuasa dan berpengalaman dalam audit telah membuktikan bahawa kilang tersebut mematuhi syarat² kawalan. Cuma masalahnya ialah di mana perlu dapatkan risk assessment tersebut. Dalam banyak² wakil rakyat kerajaan, saya harap ada yang sudi meneliti assessment secara lengkap, bukan sekadar mengambil 2 muka surat terakhir sebagai kesimpulan.

    Comment by Mohd Zhafran | September 23, 2011 | Reply

    • Frankly, i don’t trust those so called expert. If this is so safe, why Australia gov don’t allow Lynas to operate within their country? Why America closed down so many similar factory?
      Where are IAEA when Japan suffer radioactive issue last few years??

      Lastly, are you willing to put a tiger at your home if zoo keeper told “this” tiger is safe ?? Any point of doing risk assessment?

      Comment by THL | February 28, 2012 | Reply

      • I understand if a lot of people object the construction of the factory. The problem is that we do not have any right to comment on assessment made by the government. Me myself, since long time i would like to read and xompare all the values inside the assessment. But up till now, we only have conclusion from newspaper.

        Comment by Mohd Zhafran | February 28, 2012

  5. giler ah..kesan dia, boleh mandul, kanser, leukimia…seb baik x buat di Perak

    Comment by nass | February 28, 2012 | Reply

    • kat perak kan da ada..?ARE (Asian Rare Earth) kat bukit merah,cuba check dalam internet kesan2 yang tinggal..

      Comment by anonymous | March 27, 2012 | Reply

  6. tapi, pd pandangan sy, elok negara melabur je utk projek ni, lokasi?? cari negara lain..negara ni dh la selalu banjir..hujan kerap..kalau terbawak sisa2 toksik tu skali, jenuh kita..(ceh, ak cakap mcm ahli parlimen seyh..)

    Comment by nass | February 28, 2012 | Reply

  7. setuju dgn komen THL. Sedangkan negara sendiri tak benarkan mengapa negara kita nk benarkan. ingat lah jgn hanya kerna wang…jgn hanya kerna teknologi…pandang dan fikir akan masa depan. adakah kita nk tinggalkan kesan kepada generasi akan datang. kalu malaysia ni seluas benua africa benua eropah atau selainnya takpa la. mungkin leh wat jauh dr masyarakat. ingatlah sbb masyarakat amat penting drp benda ni. manusia yg akan menerajui keadaan dimuka bumi ini. duit ni tak leh bawa mati. guna2 abih juga.

    Comment by skyblue | March 3, 2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.